About Me

Remaja sindrom Down menangis kerana wang simpananya hangus terbakar


KUALA NERANG – Seorang remaja lelaki sindrom Down, Muhammad Amzar Haziq Mohd. Azlan, 13, terpaksa melupakan keinginan untuk memiliki telefon pintar apabila wang kira-kira RM3,000 yang disimpannya di dalam tin biskut musnah dalam kebakaran rumah di Felda Lubok Merbau dekat sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, seorang warga emas, Sopiah Saidin, 83, bersama empat cucunya termasuk Muhammad Amzar Haziq terselamat.


Menurut Sopiah, dia bersyukur kerana mereka sempat menyelamatkan diri walaupun rumah musnah dalam kebakaran tersebut.


“Saya kasihan melihat Muhammad Haziq yang menangis apabila wang simpanannya itu hilang. Pada mulanya dia gembira apabila tin biskut itu berjaya ditemui, namun apabila dibuka kesemua wang itu hangus,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Menceritakan semula kejadian, Sopiah berkata, mereka hanya menyedari asap keluar dari tingkat atas dan tidak mampu untuk memadamkan api lalu keluar menyelamatkan diri.


“Semasa kejadian api cepat marak kerana angin kuat. Saya terus panggil empat cucu termasuk Muhammad Amar Haziq yang berada di dalam rumah supaya keluar menyelamatkan diri.


“Kejadian itu berlaku dengan pantas yang mana semua dokumen penting seperti kad pengenalan tidak dapat diselamatkan,” ujarnya. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!