About Me

Rebah sebelum meninggal dunia dihadapan restoran


Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung sebuah restoran di Taman Cantek, Lido, di sini, terkejut selepas melihat seorang lelaki tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri.


Panik dengan keadaan itu, pekerja restoran menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.


Difahamkan, orang ramai di lokasi kejadian juga bimbang untuk mendekati mangsa berikutan tidak mengetahui punca sebenar kejadian menimpa mangsa.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa lelaki berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth II, yang tiba di lokasi kejadian.


Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa berjalan dari rumahnya ke restoran di Taman Cantek, di sini, setiap hari untuk bersarapan.


"Ketika kejadian pekerja restoran mendapati mangsa pengsan di depan premis berkenaan lalu menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.


"Pada masa sama, pekerja restoran ke rumah mangsa di taman perumahan yang hanya terletak di belakang restoran untuk memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik HQE bagi menjalankan ujian saringan calitan Covid-19 dan bedah siasat.


"Siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan berlakunya sebarang jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.


"Temubual dengan ibu dan adik mangsa di lokasi memaklumkan yang mangsa ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.


"Bagaimanapun punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!