About Me

Polis intip SOP orang ramai guna dron


Putrajaya: Guna khidmat dron bagi melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pusat pentadbiran kerajaan di sini.

Itu antara pendekatan digunakan polis bagi memastikan orang ramai patuh terhadap SOP pencegahan Covid-19 terutama di lokasi tumpuan ramai.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya bekerjasama dengan Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bermula 16 September lalu bagi mengadakan pemantauan pematuhan SOP.

Menurutnya, antara lokasi pemantauan dron termasuk taman awam yang menjadi tumpuan hingga menimbulkan kesesakan dan pertambahan luar biasa pengunjung susulan kelonggaran Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September lalu.

Katanya, dron boleh digunakan bagi memantau pergerakan individu selain meningkatkan fungsi pusat pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) Perbadanan Putrajaya (PPj).

"Penggunaan dron ini dilakukan mengikut jadual terutama pada hujung minggu. Dron ini turut mempunyai kawalan suara tiga bahasa membabitkan bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil bagi menasihati orang ramai yang melanggar SOP," katanya tadi.

Asmadi berkata, walaupun kelonggaran diberikan pada Fasa 2 PPN, namun pihaknya masih menjalankan pemantauan melalui pasukan pematuhan rondaan kereta dan pasukan bermotosikal.

"Setakat ini polis berpuashati terhadap pematuhan SOP ditunjukkan orang ramai. Mereka perlu sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP kerana penularan pandemik masih belum berakhir," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!