About Me

Pokok getah hempap kereta, dua beranak selamat



Klang: Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki dihempap sebatang pokok getah yang tumbang ketika melalui Jalan Raja Nong menghala ke Taman Sentosa dekat sini, pagi hari ini.


Bagaimanapun, lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 17 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kereta sebelum bantuan tiba.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.18 pagi.


"Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati terdapat sebatang pokok getah setinggi 24.3 meter tumbang melintang atas jalan raya.


"Pokok itu juga menghempap bahagian hadapan sebuah kereta Proton Exora yang dipandu lelaki berkenaan.


"Kedua-dua mangsa berjaya keluar sendiri sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, pasukan kemudian bertindak melakukan pemotongan dan mengalihkan pokok berkenaan ke tempat yang selamat.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!