About Me

Pesan pada anak sulung jaga adik sebelum maut dalam kemalangan


SIK – Seorang suri rumah sempat berpesan kepada anak sulungnya supaya menjaga adik-adiknya sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Jeniang-Sik-Pedu, Kampung Surau, Belantik di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, ibu kepada empat anak, Siti Fatimah Md. Nor, 30, terbunuh selepas kereta dipandu suaminya, Mohd. Zamani Md Saad, 34, terbabas dan merempuh penghadang jalan.


Kemalangan itu mengakibatkan Mohd. Zamani serta bayi perempuan mereka berusia lapan bulan dan ibu Siti Fatimah Rokayah Che Oon, 60, cedera.


Menurut Muhammad Amar Mohd. Zamani, 11, arwah ibunya sempat berpesan kepadanya supaya menjaga dua adik iaitu Alia Damia, 8, dan Muhammad Amsyar, 4, sebelum meninggalkan mereka untuk ke Pekan Sik.


“Sebelum ibu, ayah dan adik Afia Inara serta nenek mahu ke Pekan Sik untuk beli barang dapur, ibu berkali-kali berpesan agar jaga adik-adik di rumah dengan baik,” katanya yang sempat melihat jenazah ibunya di tempat kejadian.


Sementara itu, seorang penduduk kampung, Osman Jab, 45, berkata, dia yang tiba di lokasi kejadian segera mengeluarkan mangsa kerana bimbang kereta terbakar selepas melihat ada tumpahan minyak.


Kata Osman, dia juga sempat membisikkan dua kalimah syahadah kepada wanita terbabit selain turut melihat tiga mangsa lain termasuk suami dan bayi mangsa yang tercampak keluar dalam kemalangan itu.


 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!