About Me

Penunggang basikal maut dilanggar kereta

IPOH – Seorang penunggang basikal maut setelah terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.16 malam itu, mangsa, Luqman Hakim Mohamed Amin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 40-an berkenaan dalam perjalanan dari arah Simpang Pulai menghala ke Ipoh.

“Semasa melalui lampu isyarat hijau mangsa telah keluar dari simpang sebelah kanan dan melintas secara tiba-tiba di laluan kenderaan tersebut. Pemandu kereta itu cuba mengelak ke kiri namun terkena basikal mangsa dan menyebabkan dia terjatuh di atas jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!