About Me

Pemandu 4x4 lawan arus berdepan hukuman gantung


Shah Alam: Lelaki yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga menyebabkan kematian dua remaja, 12 September lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Tertuduh, K Devaaswin, 24 mengangguk faham terhadap dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.


Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Devaaswin yang juga pegawai pemasaran pengangkutan dituduh menyebabkan kematian Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19 dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


Kesalahan didakwa dilakukan pada 1.50 pagi, 12 September 2021 di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang menghala ke Kuala Lumpur.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili Peguam Pushpa Ratnam dan R Thanuja.


Terdahulu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh sebutan semula dalam tempoh sebulan bagi menunggu laporan kimia, bedah siasat, laporan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) serta lain-lain dokumen bagi tujuan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.


Mahkamah kemudian menetapkan 21 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes.


Media sebelum ini melaporkan, dua remaja maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda (4x4) jenis Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus.


Ujian air kencing dilakukan ke atas tertuduh ketika itu didapati dia berada di bawah pengaruh ganja.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!