About Me

Pekerja maut, pemasangan sistem solar diarah henti serta merta


Nibong Tebal: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengarahkan kerja pemasangan sistem solar di sebuah kilang di Simpang Ampat, di sini, dihentikan serta merta.

Ia berikutan selepas terdapat kemalangan maut membabitkan seorang pekerja kontraktor lelaki warga asing ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan sistem solar di kilang terbabit, semalam.

Dalam kejadian 4.45 petang, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari bumbung akibat terpijak bumbung lutsinar di satu daripada bangunan kilang itu.

Pejabat Pengarah JKKP negeri dalam kenyataan memaklumkan, sepasukan pegawai penyiasat turun ke lokasi bagi melakukan siasatan sebaik menerima berita kemalangan berkenaan.

"Pihak jabatan mengeluarkan notis larangan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di atas kesalahan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja semasa bekerja sehingga menyebabkan berlaku kejadian kemalangan.

"Selain itu, lokasi kejadian juga disita dan kerja-kerja pemasangan sistem solar juga dihentikan serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

"Majikan turut diarahkan menyediakan dokumen tambahan bagi membantu proses siasatan lanjut dengan kadar segera," katanya.

Menurutnya, tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!