About Me

Pegawai AADK di dakwa sebabkan kematian lelaki


Yan: Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, Julai lalu.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Md Ilyas Syahmi Ibnu, 34, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad.


Mengikut pertuduhan, Md Ilyas Syahmi yang bertugas di AADK Kuala Muda didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian lelaki berumur 24 tahun di hadapan bangunan Pejabat Penguatkuasaan AADK Kuala Muda, Sungai Petani pada 10.40 malam, 18 Julai 2021.


Tertuduh yang berasal dari Kamunting, Perak didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 20 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik dan kimia.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dan Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh diwakili Peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari dan Nur Elissa Baharudin.


Pada 25 Julai lalu, media melaporkan sekeluarga di Gurun mendesak siasatan adil dan saksama dijalankan berhubung kematian ahli keluarga mereka yang ditahan agensi penguatkuasaan pada 18 Julai lalu.


Peguam dilantik keluarga itu mendakwa mangsa berkemungkinan dipukul hingga parah dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!