About Me

Panjat jambatan setinggi 6 meter akibat 'penangan' gam



Beaufort: Seorang lelaki yang dipercayai sedang khayal selepas menghidu gam, memanjat jambatan setinggi enam meter dalam kejadian di daerah ini, hari ini.


Dalam kejadian 10.30 pagi itu, tindakan lelaki berusia 20 tahun terbabit disedari sepasukan polis yang sedang menjalankan operasi Pematuhan dan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ketika diarahkan turun, lelaki terbabit berdegil dan tidak mengendahkan arahan polis.


Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, selepas beberapa kali usaha memujuknya turun gagal, anggota bertugas menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.


Katanya, sebaik dibawa turun, lelaki terbabit terus dibawa ke Balai Polis Beaufort untuk proses dokumentasi.


"Pemeriksaan tubuh badan dan beg sandang lelaki terbabit membawa kepada penemuan plastik dan satu tin gam.


"Lelaki terbabit terus ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 pagi.


Katanya, sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.


"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki mangsa terperangkap di jambatan.


"Pasukan bomba seterusnya menyelamatkan mangsa menggunakan tangga sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!