About Me

Motosikal hilang kawalan dan melanggar tembok jatuh dari flyover ke bawah.


Jumaat 24hb September 2021 


Kemalangan Jalan Raya di Flyover EDL Bakar Batu ke arah Permas Jaya.


Penunggang motosikal hilang kawalan dan melanggar tembok dan kemudian jatuh dari flyover ke bawah. 

Mangsa yang baru pulang dari menghantar adiknya dari menerima vaksin. Pada masa yang sama adik mangsa juga cedera dalam kemalangan tadi.


Anggota Polis Johor Bahru Selatan dan Ambulans terus ke tempat kejadian dengan mengawal lalulintas dan menguruskan mangsa yang terlibat. 


PBSM Rayness Chong yang berada di tempat kejadian menjalankan emergency First Aid kepada mangsa sebelum ambulan sampai.


Semasa sampai tempat kejadian sepasang suami isteri yang berhenti untuk melihat kejadian bingung apabila adik ini seperti tercari-cari sesuatu. 


Apabila mereka bertanya kepada adik itu apa yang dicarinya, adik itu berkata “saya cari abang saya”. Terkejut dengan soalan itu pasangan tersebut terus memandang kebawah flyover dan melihat abang kepada adik tersebut terlantar dibawah.

Pasangan ini juga telah melakukan respon awal dengan menjaga lalu lintas, menjaga adik ini serta membuat panggilan kepada pihak polis dan ambulans. 


Terima kasih saya ucapkan kepada pasangan suami isteri yang amat prihatin dengan musibah yang melanda adik dan abang ini.


Mohon kepada semua untuk sentiasa berhati-hati di Jalan Raya


Kredit Facebook: Ungku Ibrahim Ismail

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!