About Me

Lelaki telan telefon bimbit Nokia 3310


PRISTINA, Kosovo – Seorang lelaki dilaporkan telah menelan sebiji telefon bimbit jenis Nokia 3310 dan dibiarkan di dalam perutnya selama empat hari, lapor laman Metro UK semalam.

Sepasukan doktor daripada sebuah hospital terpaksa mengeluarkan telefon bimbit daripada perut lelaki berusia 33 tahun itu melalui kaedah endoskopi.

Saiznya yang terlalu besar menjadikan telefon itu tidak boleh dicerna serta membahayakan nyawa kerana asid bateri yang bersifat menghakis berkemungkinan bocor di dalam perut.

Skender Teljaku yang mengetuai pasukan perubatan menerusi laman Facebook miliknya berkongsi foto telefon bimbit tersebut selepas ia dikeluarkan beserta imbasan X-ray dan imej endoskop.

Teljaku berjaya mengeluarkan objek asing itu dari dalam perut lelaki terbabit tanpa memotongnya.

Malah, prosedur itu juga berjaya tanpa sebarang komplikasi.

Menurut media tempatan, lelaki tersebut telah datang sendiri ke sebuah hospital di Pristina kerana berasa sakit selepas menelan telefon bimbit tersebut.

Menurut Persatuan Gastroenterologi Britain, kebanyakan benda asing yang ditelan akan keluar dengan sendirinya namun 10 hingga 20 peratus kes sedemikian akan memerlukan kaedah endoskopi manakala satu peratus memerlukan pembedahan atau rawatan komplikasi.

Duit syiling, barang plastik, bateri, dan tulang adalah barang ‘asing’ biasa yang kerap ditelan.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!