About Me

Lelaki ‘tangkap’ kekasihnya dah dua kali didakwa curang


PETALING JAYA – Seorang lelaki didakwa telah menangkap kekasih hatinya yang dipercayai curang selepas satu video tular di sosial media semalam.


Menerusi perkongsian video oleh @Nano_yuko di laman aplikasi TikTok, seorang lelaki telah menangkap seorang wanita dipercayai kekasihnya yang keluar bersama lelaki lain.


Berdasarkan sebuah video berdurasi 32 saat yang dikongsikan oleh @Nano_yuko di laman aplikasi TikTok, lelaki tersebut membuat rakaman sebelum terus mendekati pasangan berkenaan di sebuah tempat letak kereta.


“Inilah Allah nak tunjuk, kantoi curang depan mata. Akhirnya, ini bukan kali pertama tapi kedua. Kawan siap keluar berdua? tak rasa bersalah mainkan hati orang,” tulisnya dalam video itu.


Ketika kejadian, lelaki tersebut menghampiri kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru dinaiki pasangan tersebut bagaimanapun wanita itu seolah-olah mempersoalkan semula tindakan lelaki berkenaan.


Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata netizen menasihatkan supaya lebih baik meninggalkan wanita seperti itu yang tidak bersikap setia selain mendoakan pemuda berkenaan agar berjumpa dengan pengganti yang lebih baik.


“Betul apa orang cakap, manusia yang kita sayang sikit pun tak akan nampak perjuangan yang dah dilakukan,” jelas @Admrockk.


“Carilah perempuan yang lebih matang dan bersifat setia, nak simpan pun tak ada guna nya,” kata @Jamhursayadi.


“Bertabahlah, saya doakan semoga ditemukan dengan manusia yang boleh menghargai pengorbanan awak,” @Katakukihati.


Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 1.6 juta tontonan dan 12,000 reaksi di akaun TikTok miliknya. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!