About Me

Lelaki hidap masalah mental didakwa cuba bunuh bapa


Kota Bharu: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh bapa kandungnya, Selasa minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhamad Nur Amin Azmail, 28, yang mengalami masalah mental mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan pengetahuannya, telah mencuba membunuh bapa kandung, Azmail Mohd Salmon, 66, dengan cara menikam pada bahagian leher dengan menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di hadapan Pasar Bachok, jam 10.40 pagi, 24 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Wan Nurul Hanini dalam pendakwaan memaklumkan, tertuduh mendapat rawatan psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan manakala temu janji akan datang ialah pada 6 Oktober ini.

"Saya mohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan psikiatri serta tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang serius," katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemeriksaan dan 30 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!