About Me

Lega jenazah anak dikebumi selepas dua bulan


KUALA NERANG – Sepasang suami isteri bersyukur apabila jenazah anak lelaki mereka yang ditemui lemas di Sungai Kuala Pai di sini pada 27 Julai lalu akhirnya dapat dibawa pulang dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini untuk dikebumikan.


Menurut Hamid Yaakob, 61, dia dan isteri, Kamaliah Ali, 54, lega sebaik sahaja dimaklumkan pihak polis kira-kira pukul 9 pagi tadi bahawa jenazah anak mereka, Mohd. Shahril, 31, sudah boleh dibawa pulang untuk proses pengebumian.


“Polis daerah Padang Terap yang menguruskan kes ini menghubungi saya pada pagi tadi memaklumkan keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) sudah dapat dan kami dibenarkan bawa pulang jenazah hari ini.


“Saya bersyukur kerana akhirnya jenazah anak boleh dikebumikan setelah sekian lama menunggu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Katanya, keputusan DNA telah mengesahkan mayat tersebut adalah anaknya selain pengecaman kali terakhir juga dilakukan bersama pihak polis di Jabatan Forensik HSB.


“Saya jangkakan urusan di hospital siap sepenuhnya kira-kira pukul 5 petang sebelum jenazah dibawa pulang ke rumah dahulu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pai,” ujarnya. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!