About Me

Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah


PETALING JAYA – “Tidur, solat semua dalam kereta sahaja ustaz.”

Demikian luahan seorang lelaki yang tinggal dalam sebuah kereta jenis Protom Iswara ketika disantuni pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di akaun Facebooknya semalam, Ebit berkata, lelaki berkenaan tinggal dalam kereta sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Beberapa hari ini saya baca mengenai abang yang tidur dalam kereta, tiada rumah semenjak PKP mula-mula dahulu.

“Tiada duit untuk bayar sewa, ada banyak masalah kesihatan, katanya sejak 25 tahun dulu ujian bertimpa-timpa, semenjak dibuang universiti dahulu,” tulisnya di Facebook.

Ebit berkata, perbualan mereka sangat serius dan dia cuba dengar keluhan serta memberi senyuman walaupun ujian yang dihadapi oleh lelaki itu amat berat.

“Saya cuma nak berjaya dalam hidup ini ustaz, saya buat apa semua pun tak jadi. Tidur solat semua dalam kereta sahaja ustaz, di sinilah kehidupan saya,” kata lelaki itu.

Simpati dengan nasib lelaki itu, Ebit kemudiannya terus membawa lelaki terbabit ke sebuah rumah sewa baharu.

“Insya-Allah (saya) akan bayarkan sewanya dengan izin Allah, abang jangan risau ye, Insya-Allah akan bantu dari semasa ke semasa, doakan yer buat abang ini.

“Paling sedih sebelum balik, dia minta tolong carikan dua lagi orang yang dia lihat sudah lama tidur dalam kereta.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!