About Me

Kilang besi tiba-tiba terbakar


KUALA NERUS – Seramai lapan pekerja bertempiaran melarikan diri selepas kilang pembuatan besi tiba-tiba terbakar di kawasan Perindustrian Gong Badak di sini hari ini


Lebih 80 peratus premis kilang terbabit musnah dalam kebakaran pada pukul 3.19 petang itu.


Ketua Cawangan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, lima jentera dengan kekuatan 45 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kebakaran tersebut.


Beliau berkata, pasukan bomba terlibat mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak.


“Operasi pemadaman mengalami kesukaran berikutan laluan masuk yang sempit selain kilang itu mempunyai bahan bakar berisiko untuk meletup.


“Kami terpaksa melakukan pemadaman api kebakaran secara berhati-hati dan Alhamdulillah semuanya terkawal,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!