About Me

Kelindan tersepit, lemas lori terbabas


KUALA SELANGOR – Seorang kelindan lori maut akibat dan tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabas ke dalam parit di Jalan Harmoni 1, Ijok di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 8.30 malam dengan mangsa dikenali Kamarul Najmi Abdullah, 24.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, semasa kejadian lori tersebut dalam perjalanan dari sebuah reban ayam di Ijok ke sebuah kilang pemprosesan ayam di Puchong, dekat sini.

“Lori berkenaan dikatakan gagal dikawal ketika melalui selekoh sebelum terbabas memasuki sebuah parit di lokasi kejadian.

“Pemandu lori dikenali Saihol Ihsan Rapsidi, 36, sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kelindannya dipercayai tersepit dan lemas di dalam lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramli, mangsa berjaya dikeluarkan pukul 11.45 malam oleh sepasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia dengan mayat dihantar telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan dilokasi kejadian mendapati jalan berkenaan berturap dan basah akibat dinaiki air selain tidak mempunyai lampu jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!