About Me

Kelindan maut lori dinaiki rempuh lori lain


ALOR GAJAH – Seorang kelindan maut, manakala pemandunya cedera selepas lori dinaiki merempuh sebuah lori lain membawa muatan makanan ringan di kilometer (km) 219.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Ahmad Lotfi Mohamad, 41, yang cedera di perut dan kaki meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakan sekerjanya yang terselamat kini mendapatkan rawatan di Hospital Seremban.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki lori tanpa muatan jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

“Setiba di lokasi, lori dinaiki mereka telah hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori lain jenis Mercedes Benz di lorong paling kiri yang membawa muatan bekalan makanan ringan dari negeri ini ke Perak.

“Akibat rempuhan itu, kelindan mengalami kecederaan parah di perut serta kaki, manakala pemandu terselamat dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Seremban,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemeriksaan lanjut pegawai penyiasat di lokasi mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus dan dalam keadaan cuaca tidak hujan.

“Setakat ini, kemalangan dipercayai berlaku atas kegagalan mengawal kenderaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengakutan Jalan 1987,” ujarnya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!