About Me

Kanak-kanak berusia setahun hilang dari kereta ditemui lemas


MARAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun yang hilang ketika dibawa bapanya ke sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam ditemui lemas di Sungai Jempol di sini hari ini.


Difahamkan sebelum kejadian, mangsa, Muhammad Abdullah Saiful Bahari bersama kakak dan abangnya yang berusia lapan dan enam tahun berada di dalam kereta sebelum mangsa hilang tanpa disedari.


Ketua Balai Bomba Jengka, Raja Mohd Arif Raja Shamsuddin berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 10.37 pagi hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat.


“Mayat mangsa yang dalam keadaan tenggelam ditemui tersangkut pada reba kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.


“Mayat yang dalam keadaan sempurna dan baik itu telah dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital,”katanya di sini, hari ini.


Menurut Raja Mohd Arif operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan petang semalam melibatkan bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sebelum ditangguhkan serta disambung semula hari ini.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal, ayah mangsa menyedari kehilangan mangsa pada pukul 1 petang apabila mangsa tiada di dalam kereta.


Katanya, kakak dan abang mangsa yang berada di dalam kereta tidak menyedari mangsa keluar dari kereta dan semasa kejadian pintu kereta berkenaan terbuka.


“Ayah mangsa bersama anaknya telah mencari mangsa di kawasan sekitar dan menemui kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai berhampiran tempat tersebut.


“Ayah mangsa yang mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam sungai kemudiannya telah meminta bantuan orang kampung untuk mencari mangsa,”ujarnya.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!