About Me

'Jam apa PM pakai tu?' - Aaron Aziz


Kuala Lumpur: Jam tangan celoreng yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri satu program mencuri perhatian orang ramai termasuk golongan selebriti seperti pelakon Datuk Aaron Aziz.  

Aaron menerusi hantaran di Instagram meminta bantuan pengikutnya untuk mengenal pasti jenama jam tangan digayakan Ismail itu 

"Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa Perdana Menteri pakai? Korang kan tahu kurta abang 'camo' (camouflage - celoreng), beg abang 'camo' sampai isteri punya tudung pun 'camo'. Tengah menahan sakit di hospital tiba-tiba nampak jam Datuk Seri Ismail Sabri pakai. Bergaya pula kan," tulisnya. 

Rata-rata komen yang diberikan pengikut mendedahkan jam tangan yang digunakan Ismail adalah model G-Shock dari jenama Casio.

"Casio G-Shock GA-700CM," tulis seorang pengikutnya. 

"G-Shock Camouflage hijau kalau tak silap. Moga cepat sembuh Aaron. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan," kata seorang pengikut lagi. 

"Mohon PM hadiahkan abang jam sempena merdeka," kongsi seorang lagi pengikut. 

Dianggarkan jam tangan yang dipakai Ismail itu bernilai kira-kira RM400. 

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!