About Me

Isteri tak sangka kerisauan jadi kenyataan


Kluang: "Apa yang saya risaukan selama ini jadi kenyataan," kata Syahira Sabar, 27, isteri kepada penolong pegawai perubatan, Aidil Hamidun, 27, yang maut selepas ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dinaiki bertembung dengan treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam di sini, 8 malam tadi.

Syahira yang juga ahli farmasi berkata, selepas kejadian kemalangan mengorbankan seorang pemandu van KKM di Johor Bahru 18 Ogos lalu, dia sering risaukan keselamatan suaminya ketika bertugas.

Katanya, dia dan suami sering bercerita perihal hidup dan mati terutamanya ketika menjalankan tugas di waktu pandemik Covid-19 ini.

"Tak sangka akhirnya igauan saya yang sering terbayang-bayangkan hal kematian ketika bertugas akhirnya terjadi kepada suami sendiri.


"Kali terakhir kami berbual melalui telefon adalah tengah hari semalam dan berkisar mengenai anak kami Muhammad Adib Syahir, 11 bulan dan kali terakhir saya berjumpanya Ahad lalu," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru di sini hari ini.

Syahira berkata, menyifatkan suaminya seorang lelaki yang baik kerana selalu mengingatkannya mengenai keperluan bersolat jemaah dan amalan bersedekah.

"Saya dan suami duduk berasingan kerana arwah bertugas di Simpang Renggam dan saya di sini.

"Apabila ada masa bersama suami sering mengajak solat berjemaah. Malah dia juga gemar membantu orang lain terutamanya jika ada yang mengalami kecederaan walaupun di luar waktu bertugas," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, Aidil maut serta merta di lokasi kejadian manakala pemandu ambulans, Othman Ghafan, 50, dan pesakit dikenali sebagai Nursyahira Halan, 24, dan Nur Syahda Halan, 18 serta waris mereka Sukiman Hasan, 59, cedera.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila ambulans yang dipandu dari arah Machap menghala ke Simpang Renggam dipercayai melanggar bahagian belakang tayar kiri treler berkenaan yang sedang membelok ke kanan menghala masuk ke sebuah bengkel.

"Perlanggaran itu menyebabkan ambulans berkenaan hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom(HEBHK) dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!