About Me

Isteri kanser tabah jaga suami strok


PETALING JAYA – “Jalani semua ujian dengan hati yang sangat terbuka”.

Itulah perkongsian seorang wanita apabila setia menjaga suaminya yang strok walaupun dia sendiri menghidapi penyakit kanser dan sakit buah pinggang.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 41 saat yang dikongsi @AuniMuthal’lib di TikTok, wanita itu kelihatan sedang membantu suaminya untuk berdiri dan masuk ke dalam kereta untuk dibawa bersama ke pusat dialisis.

“Saya menghidapi sakit buah pinggang dan kanser yang kadang-kala akan menyebabkan badan terasa lesu dan sangat penat.

“Setiap kali untuk buat dialisis, saya akan membantu suami untuk berdiri dan masuk ke dalam kereta untuk dibawa bersama,” katanya di dalam video itu.

Tambahnya lagi, meskipun mengambil masa selama empat jam untuk menjalani dialisis tersebut, suaminya tetapi setia menunggu hingga selesai tanpa merunggut.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna sosial media berasa simpati dan memuji ketelusan cinta yang jelas dapat dilihat melalui video tersebut.

“Ya Allah, hebat pasangan ini berilah kekuatan dan kesihatan yang baik pada mereka,” kata Nurul Akma.

“Susah nak cari manusia yang boleh terima kekurangan pasangan mereka, semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” ujar Akmal Jasni.

“Hargai pasangan anda semasa masih ada, sungguh saya rindukan arwah suami semoga kekal hingga jannah buat buat kamu semua,” jelas Aleya Aqilah.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 383,200 tontonan dan 32,900 tanda suka di akaun TikTok miliknya 

– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!