About Me

Ibu bapa perlu ditidurkan, abang polis teresak dalam kereta


PETALING JAYA – Sebuah klip video memaparkan seorang anggota polis trafik menangis teresak-esak apabila mendapat khabar ibu bapanya yang dijangkiti Covid-19 perlu ditidurkan mengundang sebak netizen.


Menerusi video berdurasi 21 saat yang dimuat naik pemilik akaun TikTok bernama mrbulatt87, anggota polis berkenaan dilihat berulang kali mengucapkan takbir sambil ditenangkan rakan setugasnya.


“Semoaga tabah abang. Minta doakan yang baik-baik kepada mak ayah beliau yang telah ditidurkan.


“Minta kenalan semua kita doakan ya pada Normala Abdul Ghani (ibu) dan Sharip Ibrahim (bapa). Covid-19 itu benar,” ujarnya dalam kapsyen video berkenaan.


Kosmo! difahamkan ibu bapa lelaki berkenaan turut pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.


Video itu ditonton lebih 700,000 kali dengan kebanyakan pengguna media sosial tersebut memberi kata-kata semangat selain mendoakan kesihatan ibu bapa anggota polis berkenaan.


“Mereka juga manusia biasa. Di sebalik uniform terselit banyak kisah suka dan duka. Semoga Allah permudahkan urusan dan memberi kesembuhan kepada mak dan ayah abang polis ini. Amin,” doa Fiq Taufiq.


“Semoga dipermudahkan urusan. Kasihan petugas barisan hadapan kita. Penat. Keluarga kena Covid-19 tetap kena kerja,” komen Szry Ertyqa.


“Betul kata orang sekeras mana pun kita tetapi bab mak ayah kita boleh tewas. Harap sangat ibu bapa abang cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala,” ujar dien754. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!