About Me

Gagal meragut, cedera pula dilanggar suami mangsa


KOTA BHARU: Seorang lelaki yang cuba meragut penumpang sebuah bas di Kampung Binjai di sini, dilanggar kereta dipandu suami mangsa sebelum berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis.


Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi semalam selepas mangsa berusia 29 tahun turun dari bas ekspres di kampung berkenaan dan menunggu dijemput suaminya.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata mangsa yang baru tiba dari Negeri Sembilan menunggu suaminya di tepi jalan persimpangan Kedai Piah.


"Tiba-tiba datang seorang lelaki menunggang motosikal terus meragut beg tangan wanita itu. Suami mangsa yang kebetulan tiba di tempat kejadian terus memandu melanggar motosikal suspek yang cuba melarikan diri.


"Berlaku pergelutan di antara suspek dan suami mangsa, namun dia berjaya ditahan dengan bantuan dua orang awam yang melalui tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Abdul Rahim berkata, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan suaminya hanya luka bahagian telinga kiri akibat pergelutan.


"Suspek berusia 29 tahun luka di tangan serta lutut dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan," katanya.


Katanya, pemeriksaan ke atas beg pinggang milik suspek yang berasal dari Pulai Chondong, Machang, kemudian menjumpai satu paket lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah.


"Ujian saringan mendapati suspek positif methampethamine dan memiliki 14 rekod bersabit dadah dan jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.


Sehubungan itu, Abdul Rahim menasihatkan orang ramai tidak berada di tempat sunyi dan berseorangan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!