About Me

Dua wanita sesat Bukit Saga dikompaun kerana tiada permit



PETALING JAYA – Dua wanita yang sesat ketika mendaki Bukit Saga di Ampang semalam dikenakan kompaun kerana tidak memiliki permit aktiviti mendaki di kawasan hutan simpan itu.


Dua wanita yang berumur 26 tahun dan 29 tahun itu pada awalnya tersesat telah berjaya diselamatkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat


Menurut Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.


“Pihak kami telah memdapat laporan kecemasan daripada pihak polis mengenai dua orang wanita yang telah dipercayai sesat semasa melakukan aktiviti mendaki di Bukit Saga, Ampang semalam.


“Kejadian yang melibatkan dua orang mangsa wanita yang menghubungi pihak keselamatan melalui telefon bimbit dan dijumpai selamat pada 3 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Tambahnya lagi, JPNS akan mengenakan kompaun ke atas dua mangsa tersebut kerana tidak memiliki permit untuk melakukan aktiviti mendaki di dalam kawasan hutan simpan.


“Kami juga akan mengenakan kompaun atas seksyen 47 enakmen akta perhutanan negara 1985 kepada mangsa kerana tiada sebarang permit aktiviti dan telah melanggar larangan yang telah dikeluarkan oleh JPNS,” katanya.


Jabatan Perhutanan Selangor masih lagi menutup semua operasi dan aktiviti di Taman Eko Rimba, Denai dan Jalur pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal dan tiada sebarang kelulusan permit aktiviti dikeluarkan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 2. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!