About Me

Dua terbunuh, bom meletup di pusat pemeriksaan Covid-19


Yangon: Dua termasuk seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera dalam satu letupan bom di wilayah Mandalay Myanmar pada Isnin, menurut kenyataan Kementerian Penerangan.


Mangsa yang cedera termasuk dua orang awam, dua bomba dan beberapa anggota keselamatan, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu, sebiji bom meletup di pusat pemeriksaan Covid-19 di bandar Aungmyaythazan pada Isnin pagi.


Mereka yang cedera dihantar ke hospital tentera untuk rawatan dan suspek sedang diburu.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!