About Me

Dua penjenayah warga asing mati ditembak


SEBERANG PERAI – Polis menembak mati dua penjenayah warga asing di kawasan semak di Bukit Mengkuang, Kubang Semang di Bukit Mertajam di sini awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek maut di tempat kejadian.


Suspek yang menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu tersebut sebelum itu dikatakan melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Penanti dengan memecut laju sehingga ke kawasan berkenaan.


Ketika sampai di kawasan kejadian, suspek yang berada di bahagian penumpanh hadapan dikatakan telah keluar dan melepaskan dua das tembakan ke arah polis, manakala pemandu menyerang dengan parang.


Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri.


Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, namun tembakan dilepaskan suspek terkena cermin sisi kereta polis.


Menurutnya, kedua-dua suspek berusia di antara 30-an hingga 40-an itu menjadi buruan polis menerusi Ops Api Siakap susulan kes ugutan dan melepaskan tembakan di Bukit Mertajam pada Ahad lalu.


“Hasil pemeriksaan ke atas kereta dinaiki mereka, pihak polis menemui dadah jenis heroin serta pelbagai peralatan pecah rumah di bahagian but.


“Turut ditemui adalah sepucuk pistol berisi enam butir peluru serta parang,” katanya kepada pemberita hari ini.


Beliau berkata, hasil semakan lanjut mendapati kereta dinaiki suspek dilaporkan hilang pada 29 Ogos tahun lalu di Sungai Petani, Kedah.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi proses bedah siasat. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!