About Me

Dua pemancing lemas ditemui hari ini



KOTA TINGGI – Dua sahabat yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemui terapung berdekatan Jeti Sungai Mados, Kampung Air Putih, di sini di sini hari ini.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, mayat pertama iaitu mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, ditemui pada pukul 7.10 pagi kira-kira lima kilometer (km) dari jeti.


Manakala rakannya pula, Amirrudin Abdul Malik, 53, dijumpai pada pukul 8.03 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.


“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas dua pemancing semalam diteruskan hari ini dan kedua-dua mangsa sudah ditemui.


“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.


Kosmo! semelam melaporkan dua pemancing dikhuatiri lemas selepas hanya bot dinaiki sahaja yang ditemui di Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini malam kelmarin.


Mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, dan Amiruddin Abdul Malik, 53. Jarak bot dinaiki mangsa daripada jeti dianggarkan 400 meter dan keadaan air berkedalaman 15 meter.


-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!