About Me

Dua ditahan memandu dalam keadaan mabuk


PORT DICKSON – Dua lelaki yang dikesan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk ditahan polis di Kilometer 26 Jalan Lukut-Sepang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemeriksaan ke atas dua lelaki yang bekerja sebagai pengurus ladang dan operator kilang itu mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika ditahan pada pukul 3.30 pagi, pengurus ladang berusia 26 tahun itu sedang memandu kereta manakala operator kilang berusia 23 tahun terbabit menunggang motosikal dengan kedua-duanya menuju ke Lukut dari Sepang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, mereka berdua seterusnya dibawa ke Balai Polis Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut dan ujian pernafasan menggunakan alat EBAII mendapati mereka disahkan positif alkohol dengan bacaan melebihi paras yang ditetapkan. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!