About Me

Dua banduan didakwa sebabkan kematian banduan lain



KUALA TERENGGANU – Dua orang banduan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian banduan lain pada minggu lalu.


Kedua-dua tertuduh, Adura Mustapha, 39, dan Azizul Danial Muhammad, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memukul Hamiddi Kamaruddin, 48, sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah bilik di Penjara Marang, pada pukul 2 petang, 21 Ogos lalu.


Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala kedua-dua tertuduh pula tidak diwakili peguam.


Mahkamah kemudian menetapkan 3 November sebagai tarikh sebutan semula kes.


Difahamkan mangsa, Hamiddi meninggal dunia sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 2.43 petang, semalam. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!