About Me

Dua anggota polis ditahan sertai parti dadah


Kuala Lumpur: Dua anggota polis antara 14 individu yang ditahan selepas didapati menyertai parti liar di sebuah residensi mewah di Changkat Raja Chulan, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, pihaknya membuat serbuan pada 9.30 malam berdasarkan maklumat dan risikan.

"Dalam serbuan itu, seramai 14 pengunjung masing-masing tujuh lelaki dan wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan.

"Hasil semakan identiti, dua daripadanya adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan dari Cawangan Tugas Am," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, pemeriksaan dalam premis berkenaan menemui dadah jenis ketamin seberat 5.56 gram bernilai RM834.

Menurutnya, siasatan awal mendapati parti liar dikenali 'Parti Ketamin' itu diadakan bertujuan berhibur bersama rakan sambil menggunakan dadah jenis berkenaan.

"Penganjur adalah seorang lelaki berusia 39 tahun yang membuat jemputan menerusi panggilan telefon dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung. Penganjur menyewa premis itu dengan harga RM220 sehari," katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati kesemua yang ditahan positif ketamin.

Sahar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Menurutnya, pemilik kediaman dan penganjur juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13(c) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, mereka juga dikenakan kompaun RM4,000 seorang mengikut Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM56,000.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!