About Me

Chalet dibina atas tanah rizab sungai dinilai semula


YAN – Kerajaan Negeri Kedah akan membuat penilaian semula chalet-chalet terjejas banjir kilat akibat fenomena aliran puing di Gunung Jerai kerana ada yang dibina di atas tanah rizab sungai tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, sebilangan chalet telah dibina setelah sekian lama di situ dan ia menjadi salah satu isu jangka masa panjang yang perlu diselesaikan kerajaan negeri.

“Banyak struktur yang rosak tidak boleh dibaik pulih contohnya chalet dekat sungai. Sebelum nak bagi pampasan kena tentukan tanah ada geran dan dapat kebenaran serta kelulusan Majlis Daerah Yan atau tidak kerana kita ada undang-undang.

“Bagi pembinaan semula bangunan (chalet), ia perlu ditentukan terlebih dahulu sama ada pengusaha ada geran dan kebenaran (beroperasi),” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Operasi Bencana Yan Perikatan Nasional di Kampung Acheh di sini hari ini.

Katanya, kelulusan Majlis Daerah Yan dalam pengoperasian chalet penting kerana ia bukan sahaja melibatkan isu keselamatan pengusaha tetapi juga pengunjung.

“Kejadian baru-baru ini berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita tidak dapat bayangkan jika ia berlaku luar waktu PKP dengan kawasan itu mungkin dipenuhi pengunjung,” ujarnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!