About Me

Buruh mengaku bersalah rogol remaja dibawah umur


PASIR MAS – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur hujung bulan lalu.


Tertuduh, Che Rohaiza Che Rohim, 39, mengaku salah bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.


Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun enam bulan.


Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuin, Tanah Merah kira-kira pukul 2 petang pada 28 dan 29 Ogos lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh kerana pendakwaan bagi kes itu tidak boleh diberikan ikat jamin.


Tertuduh dalam rayuannya memohon agar hukuman minimum dikenakan terhadapnya selain meminta kedua-dua hukuman bagi pertuduhan itu berjalan serentak.


Mahkamah menangguhkan tarikh hukuman bagi kes itu pada 26 September depan sementara menunggu laporan perubatan mangsa. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!