About Me

Budak perempuan ditemukan lemas di dasar longkang



Shah Alam: Kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, petang semalam, ditemukan lemas, pagi ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat Siti Aishah Supardi, 8, ditemukan oleh orang kampung di dasar longkang, jam 8.42 pagi.


"Mangsa ditemukan kira-kira 15 meter (m) dari lokasi dia terjatuh semalam dan mayatnya kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Semalam, Norazam memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai insiden berkenaan pada 6.18 petang.


Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.


Beliau berkata, mangsa dipercayai sedang bermain air sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.52 m dan hanyut dibawa arus deras.


Katanya, longkang berkenaan mengalir ke Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!