About Me

Berubah jadi seorang pemurah sebelum dijemput ajal


KLUANG – Pekerja lelaki yang maut tersepit mesin pemprosesan ayam di sebuah kilang di Machap di sini pada Sabtu lalu berubah sikap menjadi pemurah menjelang hari kematiannya.


Kakak mangsa, Rafidah Astopa, 51, menyifatkan arwah Hairizam, 40, seorang yang pendiam, suka tersenyum dan tidak kisah membelanjakan wangnya kira-kira dua minggu sebelum kejadian.


“Lebih menghairanka pada Rabu dan Jumaat sebelum itu, dia membeli daging, ayam dalam kuantiti yang banyak.


“Saya berasa pelik dengan tindakannya itu hingga bapa kami (Astopa Md. Nasis) yang berusia 85 tahun beritahu macam hendak buat kenduri.


“Rupanya itulah petanda dia nak ‘pergi’ dan sampai sekarang ayam mentah yang dibelinya masih berada di dalam peti sejuk. Sayaa berasa sedih apabila melihatnya sebab terkenangkan budi adik,” katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Tengah Renggam di sini hari ini.

Rafidah memberitahu, bapa mereka paling terkesan dengan kematian adiknya itu kerana arwah membungkuskan makanan untuk warga emas itu selepas pulang kerja pada setiap hari.


Katanya, arwah yang masih bujang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah Renggam di sini kira-kira 9 malam pada yang sama.


Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian akibat parah di dada kanan dan leher.


“Pada 10.40 pagi, Sabtu lalu, anggota polis dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kematian mangsa disahkan oleh penolong pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang hadir di lokasi.


“Punca kejadian disebabkan mangsa tergelincir semasa mencuci mesin tersebut dan disedari oleh rakan sekerja yang lain selepas mendengar jeritan.


“Rakan-rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berjaya,” katanya.


-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!