About Me

Berteduh di rumah pusaka usang


GUA MUSANG – Sembilan beranak di Kampung Star Baru di sini, terpaksa berteduh di sebuah rumah pusaka usang yang hampir roboh sejak 17 tahun lalu selepas mereka tidak mampu untuk membaik pulih kediaman itu.

Rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka itu bukan sahaja reput, malah tidak dilengkapi kemudahan air sekali gus memaksa keluarga berkenaan menggunakan air parit di belakang rumah untuk mandi, membasuh dan mencuci.

Menurut Rosmina Awang, 38, dia bersama suami, Sabri Ismail, 48, dan tujuh anak berusia antara 8 hingga 17 tahun terpaksa tinggal di rumah itu kerana tiada pilihan lain.

Katanya, dia bekerja di sebuah kedai dengan pendapatan hanya RM15 sehari, manakala suami­nya pula sebagai pengawal kese­lamatan dengan gaji RM1,200 sebulan.

“Pendapatan kami sekadar cukup untuk perbelanjaan makan minum sekeluarga. Kami tidak mampu membaiki rumah ini kerana memerlukan wang yang banyak.

“Jadi kami sekeluarga terpaksa bertahan tinggal di dalam rumah yang lantai kayunya sudah berlubang selain dinding pula reput.

“Sebahagian dapur rumah kami juga telah lama runtuh dan kami juga tidak mempunyai bilik tidur,” katanya ketika ditemui Kos­mo! semalam.

Rosmina berkata, sebelum ini rumah tersebut menjadi tempat berteduh ibu bapa mentuanya sebelum mereka meninggal dunia.

Katanya, mereka sudah beberapa kali merujuk masalah rumah usang itu kepada pihak tertentu, namun masih tiada jalan penyelesaian.

“Kami berdepan masalah untuk memohon bantuan baik pulih atau pembinaan rumah baharu kerana status pemilikan tanah rumah yang didiami tidak sah.

“Kami tidak dapat membuktikan bahawa tanah ini dimiliki oleh arwah bapa mentua yang kemudian diwarisi kami,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Rakyat atas nama Rosmina Awang, 221086370989 atau menghubunginya di talian, 017-2421219. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!