About Me

Bergaduh di Facebook sebelum bakar kereta



KUALA LUMPUR – Bermula dengan perselisihan faham yang berlarutan di media sosial Facebook, seorang lelaki sanggup merosakkan sebuah kereta di Jalan BK 5, Bandar Kinrara di sini semalam.


Dalam kekecohan pada pukul 4 petang itu, suspek turut menjerit dalam keadaan marah selain membuat provokasi selepas merosakkan sebuah kereta jenis Proton Waja yang diparkir di tepi jalan.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya telah mengesan empat video tular di media sosial Facebook berkaitan kejadian.


“Suspek telah merosakkan sebuah kereta dengan memecahkan cermin dan lampu menggunakan seketul batu. Polis turut mengambil tindakan dengan menahan suspek, seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan.


“Rentetan kejadian tersebut, seorang lagi lelaki berusia 42 tahun telah membakar kereta yang telah dirosakkan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan di media sosial Facebook melibatkan kedua-dua belah pihak.


“Setakat ini, kita telah menahan seorang lelaki di bawah Seksyen 506 kanun keseksaan kerana ugutan jenayah, dua lelaki dan seorang wanita di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan seorang lelaki di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. Kesemua mereka berusia 36 hingga 42 tahun,” jelasnya. 


– K! ONLINE


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!