About Me

Bayi syurga Azmi Saat selamat dikebumikan



PETALING JAYA – Jenazah anak kepada penyanyi Azmi Saat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini selamat dikebumikan sekitar pukul 6.15 petang tadi di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur.


Sebelum itu, jenazah Khairul Afnan yang berusia tiga hari telah diuruskan oleh pihak hospital untuk dikafan dan disembahyangkan.


Terdahulu, belum pun seminggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung selepas penantian selama 10 tahun, Azmi dan isterinya Nazira diuji selepas anak mereka dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat.


vokalis kumpulan Caliph Buskers itu berkongsi keadaan anaknya selepas doktor mengesyaki bayi itu mempunyai masalah pada bahagian otak.


Ujar Azmi, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak. 


– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!