About Me

Bapa tabah jaga 11 anak tanpa isteri di sisi


Tumpat: "Setiap kali berhubung menerusi panggilan video, isteri akan berpesan agar saya menjaga semua anak dengan baik sambil berlinang air matanya."

Begitu kata mekanik Mohd Nor Azim Firdaus Razali, 37, apabila isterinya, Che Nur Asmiza Che Zahari, 31, masih dirawat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat jangkitan kuman dalam darah hampir dua bulan lalu.

Mohd Nor Azim berkata, keadaan kesihatan isterinya kini tidak menentu kerana banyak komplikasi dialami termasuk terdapat darah beku dalam paru-paru dan hati.

Menurutnya, sejak dirawat, isterinya sudah dua kali dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Isteri juga mengalami masalah pernafasan kritikal menyebabkan dia perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan setiap masa dan malam semalam dia menjalani pembedahan membuang air yang memasuki paru-paru.

"Doktor memaklumkan jika keadaan isteri cukup bersedia, baru pembedahan membuang darah beku dalam paru-paru dan hatinya boleh dibuat," katanya.

Mohd Nor Azim berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Cempaka Merah Asnaf Society dan aktivis masyarakat, Nur Adilah Nasir yang tampil menghulurkan bantuan di rumah sewanya, di sini, semalam.

Menurutnya, sepanjang ketiadaan isterinya, dia menguruskan 11 anak-anaknya berusia 15 bulan sehingga 15 tahun.

Menurutnya, ketika dia 'berumah' selama sebulan di HUSM sebelum ini, semua anaknya dijaga oleh ibu mentuanya di Pasir Pekan, di sini, dan dia akan pulang menjengik dalam tempoh dua atau tiga hari sekali.

"Setiap kali pulang, saya akan membuat panggilan video bersama isteri untuk mengetahui perkembangannya di dalam wad sambil menunjukkan keadaannya kepada anak-anak.

"Walaupun lemah, isteri akan gagahkan dirinya untuk bercakap tapi kebelakangan ini keadaannya semakin lemah dan hanya menggeleng atau mengangguk sahaja apabila berinteraksi," katanya yang kerap tidur di dalam kereta di parkir hospital setiap kali isteri dirawat di ICU.

Menurutnya, pendapatannya juga terputus disebabkan perlu menumpukan perhatian kepada keluarga terutama isterinya.

"Bebanan saya sedikit ringan apabila ramai yang bersimpati dan menghulurkan sumbangan," katanya.

Sementara itu, Nur Adilah berkata, pihaknya sedang mencari dana untuk membayar sewa rumah untuk keluarga berkenaan.

Orang ramai yang ingin menghulur sumbangan boleh menghubungi Mohd Nor Azim di talian 01128938805.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!