About Me

Askar jalani latihan Para ditemui lemas


Bera: Anggota tentera yang hilang ketika menjalani latihan Eksesais Para Predator, Ahad lalu ditemui lemas di Sungai Pahang 8 pagi, hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, ditemui 40 kilometer dari lokasi dia hilang dekat Kampung Batu Bor, di sini.

"Penemuan sudah dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohamad Azrin hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang dan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sejurus laporan kehilangannya.

Operasi SAR semalam turut disertai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!