About Me

Arryan Rizqi hidap jantung berlubang, saluran darahnya sempit perlukan RM80,000


Kuala Lumpur: Seorang ibu tidak berhenti menangis sebaik mengetahui bayi lelakinya berusia 16 bulan disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan saluran darah ke paru-paru sempit.


Marini Alon@Abdullah, 36, masih mengharapkan sinar cerah buat anak sulungnya, Arryan Rizqi Mohd Erwan untuk sembuh dan pulih seperti kanak-kanak seusianya.


Bagaimanapun, Arryan Rizqi memerlukan sebanyak RM80,000 bagi menampung kos pembedahan di Hospital Gleneagles di sini.


Arryan Rizqi yang dilahirkan di Hospital Tawau disahkan doktor menghidap masalah jantung ketika berusia sebulan.


Marini berkata, anaknya dilahirkan secara normal dan tidak menunjukkan sebarang komplikasi sehingga pemeriksaan bulanan yang pertama di Klinik Kesihatan Pulau Bum-bum, Semporna didapati bayi itu mungkin mempunyai masalah pernafasan dan perlu dirujuk ke Hospital Tawau.


"Selepas dirujuk pakar, Arryan disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan saluran darah ke paru-paru sempit.


"Arryan perlu mendapatkan rawatan segera dan dirujuk di Hospital Tawau dan Hospital Semporna mengikut janji temu yang ditetapkan pakar," katanya.


Suri rumah dari Kampung Balimbang, Semporna itu berkata, pendapatan suaminya, Mohd Erwan Kassim, 25, yang bekerja sebagai buruh kasar tidak dapat menampung kos pembedahan segera untuk anak mereka itu.


"Suaminya berpendapatan kira-kira RM900 sebulan, itu pun tidak menentu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Walaupun perlu berulang-alik ke Hospital Tawau yang mengambil masa hampir dua jam perjalanan menggunakan perkhidmatan kereta sewa dengan kos RM100, kami tidak pernah berasa penat asalkan Arryan sihat dan mendapat rawatan yang terbaik," katanya.


Marini berkata, sebaik mengetahui anaknya mempunyai masalah kesihatan, setiap malam dia tidak berhenti menangis dan mengharapkan cahaya di hujung jalan bagi menyembuhkan penyakit itu.


"Saya merayu kepada orang ramai supaya dapat menyumbang demi membantu pembedahan anak supaya dia sihat seperti kanak-kanak lain," katanya.


Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Maybank 5141-0532-3170 dengan menyatakan nama pesakit.


Bagi sumbangan menggunakan cek ke tabung sama pula, tulis nama pesakit di belakang cek dan hantar ke alamat Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!