Angkara ubah laluan secara tiba-tiba


Petaling Jaya: Lelaki parah selepas motosikal ditunggangnya bersama rakan melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Kilometer 3.3 Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 8.45 malam.

"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 19 tahun menunggang motosikal Yamaha LC135 bersama rakannya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta Toyota Innova.

"Difahamkan kereta berkenaan dikatakan mengubah laluan secara tiba-tiba untuk masuk ke lorong mangsa menyebabkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Abd Halik Md Zindi di talian 013-3832902 bagi membantu siasatan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!