About Me

Ajal bantu mangsa kemalangan



Kuala Lumpur: Niat baik seorang wanita membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia bersama seorang lagi lelaki dirempuh kereta memnyebabkan dia maut di lokasi kejadian sementara seorang lagi parah di Kilometer 7.3Lebuhraya Maju Expressway (MEX), di sini, malam tadi.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati pada 10.15 malam itu, Proton Saga putih hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kanan di Lebuhraya MEX dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Putrajaya.


Menurutnya, seorang wanita berusia 43 tahun yang memandu Nissan Almera putih kemudian berhenti di bahagian hadapan kenderaan kemalangan dan cuba memberikan bantuan.


"Dalam masa yang sama beberapa kenderaan awam lain turut berhenti di bahu kiri jalan untuk memberikan bantuan.


"Tiba-tiba datang Perodua Myvi berwarna unggu yang dipandu seorang lelaki merempuh kedua-dua mangsa yang sedang memberikan bantuan sehingga menyebabkan wanita itu maut di lokasi sementara seorang lelaki parah sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sarifudin berkata, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan mementingkan keselamatan diri ketika memberi bantuan kepada mangsa yang terbabit dengan kemalangan jalan raya terutamanya di kawasan yang berselekoh dan dalam keadaan yang gelap.


"Tidak digalakkan juga untuk berhenti di kawasan kemalangan terlalu ramai bagi mengelakkan kesesakan dan ini akan menyebabkan kelewatan untuk pasukan keselamatan memberikan bantuan kepada mangsa," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!