About Me

4 anggota Geng Latino dari Amerika Latin direman bantu siasatan kes samun


Kuala Lumpur: Empat suspek warga asing dari Amerika Latin yang juga ahli Geng Latino yang terbabit dalam kejadian samun di Cheras di sini, semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Tempoh reman bermula hari ini sehingga 10 September ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, keempat-empat suspek berusia 30 hingga 60 tahun.

"Siasatan awal mendapati, Geng Latino ini aktif dalam samun sejak 2018.


"Kami percaya sindiket ini ada kaitan dengan kira-kira 25 kes (samun) yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Semakan mendapati, semua suspek tidak bekerja selain memiliki dokumen perjalanan diri yang sah," katanya dihubungi hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Geng Latino menggunakan helah menabur wang RM10 sebelum menyamun mangsa yang mengeluarkan wang RM194,000 dari sebuah bank di Cheras semalam.

Abd Jalil dipetik berkata, suspek yang mengekori mangsa selepas mengeluarkan wang memancitkan tayar kenderaan dinaiki mangsa.

Pada kejadian jam 12 tengah hari itu, polis turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki suspek di Jalan Berhala, Brickfields di sini.

Akibatnya, seorang daripada suspek cedera terkena tembakan itu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!