About Me

3 lelaki dan 2 wanita didakwa culik


Kajang: Empat warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan berdepan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dan meminta wang tebusan kira-kira RM50,000, bulan lalu.


Tertuduh Md Raihan Hosen, 28; Josim, 32; Miah Soraf, 33; Nusrat Jahan Bipasha, 26; dan wanita tempatan Faridah Jeya Sly Ramesh, 27, didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama melarikan seorang lelaki warga Bangladesh iaitu Md Sohel Rana, 39, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak 1 Juta Taka Bangladesh (kira-kira RM50,000).


Kesalahan itu dilakukan di hadapan pasar raya di Jalan Damai Mewah 1, Hulu Langat di sini, 8.30 malam 27 Ogos lalu.


Tiga tertuduh lelaki Bangladesh dan wanita tempatan mengangguk faham sebaik pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.


Namun, seorang tertuduh wanita warga Bangladesh iaitu Nusrat Jahan tidak faham bahasa Malaysia sebelum pertuduhan dibaca semula jurubahasa dalam Bahasa Inggeris.


Bagi kesalahan berkenaan, kesemua tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan.


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh itu.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nurul Husnah Amran manakala dua tertuduh iaitu Md Raihan dan Josem diwakili peguam Tan Cheng Yee manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis menyelamatkan seorang lelaki warga Bangladesh yang diculik rakan senegaranya dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Teknologi Kajang, di sini.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!