About Me

2 maut van terlanggar treler


Kinabatangan: Dua lelaki maut selepas van dinaiki terlanggar belakang treler di Jalan Lahad Datu ke Sandakan, berdekatan Simpang Estet Kertam, malam tadi.


Dalam kejadian 11.25 malam itu, pemandu, Muhammar Ghadafi Abdul Ghafar, 38, dan penumpangnya, Mohd Ridzuan Madarup, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian.


Difahamkan, sebelum kejadian, van berkenaan dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.30 malam dan bergegas ke lokasi bersama enam anggota bomba menggunakan sebuah jentera.


Katanya, sebaik tiba didapati berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah van pelancongan terlanggar belakang treler.


"Pemeriksaan mendapati, terdapat dua mangsa lelaki tersepit dalam van pelancongan berkenaan.


"Bomba bertugas kemudiannya mengeluarkan kedua lelaki berkenaan dan usaha mengeluarkan kedua mangsa dijalankan kira-kira 40 minit.


"Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat dua lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, punca kejadian dipercayai van tersebut dipandu laju sebelum kemalangan.


"Van berkenaan melanggar kon yang dipasang di belakang treler yang rosak.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!