About Me

YouTube ‘Tokwan Kami’ pikat hati Malaysia


PETALING JAYA- Kemunculan akaun YouTube baharu dengan nama ‘Tokwan Kami’ disifatkan bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia apabila video-video yang dimuat naik di laman media sosial itu berjaya meraih tontonan hampir 150,000 kali.

Menariknya, akaun itu memaparkan video seorang lelaki dipanggil ‘Tok Wan’ memasak dalam kuantiti banyak sebelum disedekahkan kepada orang ramai seperti rumah anak yatim.

Menerusi video dimuat naik itu, lelaki berkenaan berjaya mencuri tumpuan orang ramai apabila memasak menu-menu menarik seperti lemang rebus, mi kari, gulai kawah kenduri, kurma ayam dan bihun sup.

Sementara itu, orang ramai menyifatkan akaun itu bakal menjadi kegemaran rakyat Malaysia selepas ini seperti yang diraih YouTuber popular termasuklah Sugu Pavitra dan Che Nom.

Malah, ada yang beranggapan akaun ‘Tokwan Kami’ turut menyerupai video Youtube popular di India iaitu ‘Grandpa Kitchen’ kerana memaparkan video masakan secara terbuka.

“Seronok tengok video masakan Tokwan, selepas ini akan jadi popular sebab semua masakan yang dipaparkan sedap-sedap belaka,” kata Sairuz Bee.

“Tenang saja tengok Tokwan masak, semoga dimurahkan rezeki,” jelas Ferradhi.

“Setiap kali tengok Tokwan mesti saya menangis, rindunya arwah datuk saya, moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan,” doa Anne Jay Channel.

Setakat ini, Tokwan Kami telah memuat naik sebanyak 37 video selain dilanggan lebih 39,400 pengguna YouTube. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!