About Me

Warga emas ditinggalkan di PPV sebelum beg dicuri


KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) fizikal hanya mampu berputih mata apabila mengalami kerugian kira-kira RM1,200 selepas diperdaya seorang lelaki yang tidak dikenali di Kampung Bechah Keranji, Peringat di sini hari ini.

Lebih malang, Muhamad Yaakob, 65, ditinggalkan oleh lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego berwarna merah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kompleks Yayasan Kemiskinan (YKK) di sini selepas suspek mengajaknya untuk mengambil bantuan di Peringat.

Menurut Muhamad, dia keluar untuk membeli sarapan pagi di sebuah kedai di Kampung Bechah Keranji kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum didatangi suspek.

Katanya, lelaki itu mengajaknya untuk mengambil bantuan dengan menaiki motosikal, namun dalam keadaan kelam-kabut, dia tertinggal begnya di kedai makan berkenaan.

“Ketika tiba di PPV YKK, saya memaklumkan kepadanya bahawa beg tertinggal. Suspek meninggalkan saya di situ dan berjanji akan datang semula selepas mengambil beg yang mengandungi wang sebanyak RM1,200.

“Saya tidak sedap hati kerana suspek tidak muncul-muncul dan terus berjalan kaki ke kedai makan itu semula, namun mendapati dompet sudah tiada di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Bukit Tanah, Peringat di sini hari ini.

Menurut warga emas itu, peniaga kedai makan memaklumkan suspek telah datang dan mengambil kad pengenalan dan dompetnya.

“Duit dalam beg itu merupakan hasil simpanannya selepas mengambil upah menebas hutan termasuk wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima dua hari lalu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Melor di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud Ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan kejadian. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!