About Me

Wanita jual rumah RM292 sebab tak tahan dengan jiran sebelah


Viral di media sosiaI Indonesia yang menunjukkan sebuah rumah dijual pada harga murah, 1 juta rupiah (RM292) kerana pemilik rumah itu tidak selesa dengan jirannya..

Dalam klip video tersebut, lelaki yang merakam video itu datang bertemu dengan wanita pemilik rumah untuk membeli rumah yang dijual dengan harga murah tersebut..

“Puan Siti, katanya nak jual rumah dengan harga sejuta ya?” tanya lelaki berkenaan.

Ketika ditunjukkan rumah yang hendak dijual, ternyata rumah berwarna cream dicampur dengan warna biru itu mempunyai ukuran yang luas dan berlantai seramik.

“Mak aih, besar betul rumah ni,” katanya.

Apabila ditanya mengapa rumah itu hendak dijual, Puan Siti memberikan alasan dia tidak selesa dengan jiran sebelahnya. Tertarik dengan keluasan rumah itu, lalu dia menyerahkan wang pendahuluan 50 ribu rupiah (RM14.60) untuk membeli rumah tersebut.

Tetapi keputusannya berubah setelah melihat jiran yang dimaksudkan oleh wanita itu.

“Peh! Kawasan kub0r! Patutlah puan rasa tak selesa. Aduh! Tak jadilah nak beli, terima kasih puan,” katanya yang terus berIari meninggaIkan rumah tersebut.

Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih 4.6 juta views dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang juga men0lak untuk membeli rumah tersebut walaupun harganya sangat murah.

“Jangankan sejuta, diberi secara percuma pun aku tak nak,” kata netizen.

Sumber: Indo Zone

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!